Thursday, February 9, 2012

Aku Adalah Aku




Kemanisan Cinta


Cinta adalah Cinta.
Cinta tak bisa diungkapkan dengan kata-kata
Cinta tak bisa dilihat dengan mata
Dan Cinta juga tak bisa dijual
apalagi di jual beli.
Cinta adalah Cinta
suatu anugrah terindah yg Allah berikan
Cintailah Cintamu

Kau bertanya…
Apakah aku pernah terlintas dalam fikiranmu..?
“Tidak”

Apakah kau menyukaiku..?
“Tidak terlalu”

Apakah kau menginginkan ku..?
“Tidak”

Akankah kau menangis jika aku pergi..?
“Tidak”

Akankah kau hidup untukku..?
“Tidak”

Pilih aku atau pun hidupmu?
“Hidupku”

 Dan aku Berkata..

“Alasan kau tidak pernah terlintas dalam fikiranku adalah kerana kau selalu ada dalam fikiranku”

“Alasan Mengapa aku tidak suka kamu kerana aku jauh lebih mencintaimu”

“Alasan mengapa aku tidak menginginkanmu kerana aku butuh kamu”

“Alasan mengapa aku tidak akan menangis jika kau pergi kerana aku akan mati jika kau pergi”

“Alasan aku tidak hidup untukmu kerana aku akan mati untukmu”

“Alasan aku tidak akan melakukan sesuatu untukmu kerana aku akan melakukan segalanya untukmu”

“Dan alasan aku memilih hidupku kerana kau adalah hidupku”

Luahan Kasih


Monday, January 30, 2012

Doa apabila Jatuh Cinta




Bismillahiromanirohim...

Ya Allah, jika aku cinta Ya Allah,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMu...

Ya Radbul Izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid di jalanMu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat,
Di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang,
Menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku,
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin Ya Rabbanaalamin..